Tuesday, August 31, 2010

Isu Indonesia dan Malaysia –Tiada Penghujungnya? Bukanlah Satu Kejutan

jangan menggelabah. jangan gerun. anggarkan saja perkara ini takkan berakhir.

pertama sekali, kepada saudara-saudariku dari indonesia, aku tidak memerangimu. aku menghormatimu atas dasar kemanusiaan, terutamanya sebagai sesama muslim. jika aku berkata tentang media di negaramu, aku tidak memaksudkan negara kamu keseluruhannya. hanya pada media. sekadar meluahkan akibat dari hati yang dilukai.

APAKAH

dari manohara dan ibunya yang menipu rakyat indonesia, sehingga tarian pendet yang tak pernah malaysia akui, batik dan rendang yang atuk nenek moyang zaman dulu pun tak jakun, mat top yang muncul diolah seperti watak cerekarama (atau sinetron) dan lainnya.

bila salahfaham dijelaskan dan terbukti tak salah,cerita tetap diputar untuk salahkan satu pihak lalu perbalahan dicetuskan atas nama negara.

malaysia dan indonesia, dua buah negara islam yang penganut islamnya paling pesat di asia tenggara. Jadi, peperangan malaysia dan indonesia seperti kemenangan besar yahudi/amerika dan sekutu atas asia tenggara, sepertimana peperangan Pakistan-India, Iran-Iraq dan banyak lagi perang saudara. PERANG SAUDARA.


UMPAN SI BATU API

dari pemerhatian tanpa bersifat nasionalis, kelihatan seperti malaysia cenderung pada perlaksanaan perdamaian sehingga selalu dinamakan "penakut" dan kawalan sensitiviti media malaysia agak tinggi. Manakala media indonesia lebih bebas dan memainkan pengaruh lebih besar pada rakyatnya.

jadi kelihatannya media lebih sesuai sebagai umpan batu api di...?

fitnah dan batu api pihak ketiga.

pihak ketiga? …..media rata-ratanya dikuasai barat. pusat yahudi di asia tenggara tampak seperti di singapura (secara politikal maksudku). penglibatan amerika di asia tenggara kelihatan banyak di filipina dan indonesia.

---(contoh) siaran yang menyatakan tarian pendet milik malaysia adalah Discovery, dilancarkan dari singapura. malaysia selesaikan hal sekecil-kecil ni dengan mengadakan sidang media besar-besaran untuk mengatakan tarian pendet bukanlah milik malaysia.

biar beribu kali dituduh penakut, kelihatan kerajaan dan media malaysia sering berdiam diri dan mengakhiri dengan perdamaian dan pembentangan diplomatik (aku akui sebagai bukan pro-kerajaan).


PERMAINAN BUDAK SEKOLAH

orang malaysia tidak kurang juga, banyak melemparkan kata-kata buruk; ada yang berlagak kaya, maju, mengutuk indonesia miskin. tak sokong orang malaysia sebegini, apatah lagi banyak jasa TKI membina bangunan, membersihkan kawasan dan menjaga rumah dan anak-anak kecil, malah makan minum kita sendiri.

tapi bagaimana bila satu kutukan dari dibalas dengan beratus kutukan?

bukan sekadar kutukan, FITNAH juga.

kutukan adalah tentang keburukan yang wujud, FITNAH adalah tentang perkara yang tidak benar, tidak wujud.

SATU kutukan dibalas BERKALI ganda lebih banyak kutukan beserta ++++fitnah penipuan.

1000 kebaikan, sebesar kuman tak dipandang. 1 keburukan, dipandang sebesar bumi.

contoh tentang malaysia sering menghulur bantuan bencana alam pada indonesia, tidak dipandang sikit pun. tak kisahlah.

tapi bila seorang TKI didera di Malaysia dan pendera dah dihukum menerusi undang-undang Malaysia, media indonesia memaparkan "rakyat malaysia mendera TKI".kalau dalam setahun ada 10 orang TKI didera manakala berjuta TKI lain hidup senang di sini, membawa pulang wang besar, malah ada 1000 TKI yang senang melakukan jenayah, maka semua 10 orang didera akan dapat perhatian media, manakala yang berjuta lain dibuat tidak wujud, apatah lagi yang melakukan jenayah.

lihatlah dulu statistik penderaan TKI di malaysia berbanding di negara-negara lain sebelum menyimpulkan. statistik pun jangan yang menipu.

kalau ini hanya antara orang awam, fahamlah juga. pergaduhan anak-anak kecil. tapi bila pihak pentadbiran dan media yang diwakili kuasa atasan pun dibocori dengan agenda-agenda kotor, apakah arah tuju sesebuah negara itu?

bukankah pemimpin dan media sepatutnya bertindak sebagai medium penyelesai masalah, mewujudkan budaya pemikir dan independent, bukan medium mempromosi budaya parasit?


MERUGIKAN DIRI

sifat berdendam, menyalahkan yang lain (apatah lagi yang dah banyak menolong) atas salah sendiri sememangnya takkan bawa kemajuan.

perkara ini selalu berlaku dan tetap akan berlaku. bila ada perselisihan sebagaimana kecil dan peribadi, akan diperbesarkan menggunakan nama negara dengan harapan akan tercetus amarah pihak yang selama ini berdiam diri.

keinginan menghancurkan orang lain akan lebih menghancurkan diri. bila seseorang sudah percaya dirinya hancur, dia tak kisah untuk hancurkan orang lain kerana dia anggap dirinya hancur (sedangkan tiada yang anggap begitu melainkan dirinya sendiri).

"hanya kerana aku percaya kehancuranku tiada harapan untuk dibaiki, maka apa yang mampu ku harap adalah kehancuranmu kerana kau yang terdekat denganku"

mungkinkah sebuah jiran ingin melihat jirannya rugi dengan peperangan? atau lebih ingin memenuhi hajat ‘tuan besar’ amerika, yahudi yang suka bila dua buah negara islam terbesar di asia tenggara berperang?


MEDIA INDONESIA DAN MALAYSIA

lihat pada media indonesia dan malaysia; berita, talkshow dan jenis orang yang ditemuramah atau jemputan studio

di indonesia -melalui video-video yang upload di youtube, aku selalu terlihat rancangan tv indonesia melibatkan orang indonesia sendiri yang menyokong pergaduhan dengan malaysia. (kalau aku salah, sila kemukakan bukti)

di malaysia –melibatkan orang malaysia dan indonesia dari semua golongan termasuk TKI, kesemuanya menyokong kesatuan dan persahabatan malaysia dan Indonesia. (cth: buletin utama TV3)

kebetulan dalam sebuah talkshow indonesia, ada seorang tokoh indonesia yang menyokong hubungan indonesia-malaysia dan membentangkan bukti-bukti bahawa malaysia tidak pernah klaim seperkara dan ada perkara yang sememangnya bukan milik indonesia. sudah ku lupa namanya. tapi walaupun dia tokoh, untuk menyampaikan hal sebegitu pun dia hanya dapat bercakap melalui panggilan telefon kepada talkshow itu yang sebenarnya dibuka untuk orang-orang awam! kenapa tidak menjemput orang sebegitu ke studio?

TKI di malaysia juga berbuat perhimpunan "jangan ganggu rezeki kami" untuk menentang propaganda media indonesia yang membatu api. ini boleh menjejaskan imej rakyat indonesia di malaysia sendiri. tidak bolehkah media indonesia fikir demi kasih sayang terhadap rakyat sendiri?

aku sering tercari-cari rancangan indonesia yang menyokong perhubungan malaysia dan indonesia. setakat ini memang satu pun tak dapat dijumpai...tolong carikan?


MASIH ADA LAGI INDONESIA

Syukurlah, di samping yang ......gitu, masih ada lagi orang indonesia yang rasional. mereka cinta pada indonesia sebaiknya, bukan buta tuli; tidak buang masa mencemburui, fitnah dan membesarkan hal kecil. mereka cenderung memajukan Indonesia dengan pemikiran maju, damai, bukan menghancurkan diri dengan cubaan menghancurkan saudara sendiri. semoga maju Indonesia dengan rakyatnya yang sebegini.

ramai rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia juga begitu serasi dengan penduduk tempatan. saling bekerjasama, menganggap dalam satu kaum yang sama.

Di Indonesia pun secara peribadi aku lihat rakyatnya peramah dan menerima baik orang luar, termasuk malaysia. Servis mereka dalam perniagaan bagus, malah mereka bantu aku dalam kesulitan tanpa mengira aku dari malaysia. Jadi media indonesia dan blog-blog racists yang membuat gambaran buruk tentang negara Indonesia yang hakikatnya tidaklah sedahsyat itu.



APA KITA KENA BUAT

tak perlu buang masa bersabar dan tiada apa nak dimarahkan. sudah cukuplah kita marah. sudah cukuplah bersabar. sudah cukuplah memujuk. cukup sekadar pertahankan kebenaran. kalau orang tak mahu percaya, tetap putarbelit cerita untuk menyalahkan –bukan satu kejutan. satu permainan yang didalangi golongan kafir yang memerangi. buang masa.

kalau masih perlu bersabar, bukan bersabar dengan sifat buruk orang, tapi bersabar untuk tidak layan permainan bodoh mereka.

masih ada orang Indonesia yang tidak terlibat dalam agenda kotor ini. masih ada antara mereka yang boleh lembut hati untuk berdamai. tidak kisah berapa bilangan mereka. jika satu dalam sejuta, mereka ibarat permata di lautan. sedikit tapi bernilai. fikirlah tentang mereka. jangan hirau tentang contoh yang tidak sepatutnya biarpun ramai; mereka hanya berjuta-juta butiran pasir yang dihembus angin.

dan bagi rakyat Malaysia yang tidak henti-henti kutuk rakyat Indonesia,berhentilah. mencela orang lebih merugikan diri dan menambahkan silap sendiri

FOKUS

Islam adalah kesejahteraan. jaga iman, islam sendiri. jaga tanah air dan hubungan sesama manusia. orang malaysia jangan suka sangat sanjung budaya buruk dan tunduk pada orang luar yang kononnya lebih maju. majukan kebaikan di tanah air ini. semua datang dari Allah. tekanan dari negara(-negara) jiran jika dilihat hikmahnya, sebagai amaran (alarm) dari Allah supaya kita kembali memohon pertolonganNya dan tidak leka dengan kesenangan,maksiat dan perpecahan umat Islam di negara ini. InsyaAllah

selagi mana kita terlindung, apa yang orang buat tidak akan berkesan. tapi percayalah, kita akan hancur dalam tangan sendiri melalui lambakan hiburan, perpecahan dan maksiat.jadi bangkitlah!

jangan menyokong perkauman dan kata-kata kesat, termasuklah yang datang dari kaum sendiri.

sifat assabiyyah (perkauman) itu adalah sifat yang sangat dibenci Islam, sifat terbesar orang yahudi.

kenapa umat islam perlu berpecah belah?

akhirnya, aku memohon maaf sekiranya menyinggung perasaan sesiapa. aku menulis pun dalam keadaan hati tersinggung kerana banyak fitnah dahsyat dari negara indonesia yang aku kagumi dan anggap seperti saudara sendiri.